Homepage
Advertisment
Apakah nasib Reza setelah diambil oleh Wak Jang...? Dapatkah Ustaz Hashim membantu Rosli dalam menangani peristiwa misteri yang dialaminya...? Saksikan episod akhir Jelma ini...

Tags: trailer
Ustaz Hashim yang berusaha melawan gangguan dua jelmaan yang di hantar oleh Wak Jang akhirnya dapat menghapuskan jelmaan tersebut... Ini menyebabkan Wak Jang semakin marah dan beliau ke rumah Rosli menuntut perjanjian yang telah dibuat oleh Rosli kepadanya...

Tags: trailer
Rosli masuk ke bilik anaknya panik apabila mendapati Reza tiada di situ ...! Manakala Ustaz Hashim yang diminta oleh keluarga Rosli menangani kejadian misteri ini pula bersemuka dengan jelmaan lelaki yang biasa mendampingi Reza.

Tags: trailer
Episod 17 - Mak Tom Berhenti Kerja Rosli pulang ke rumah dalam keadaan lemah dan buntu dengan kejadian misteri dan mengelirukan yang telah berlaku kepada keluarga dan dirinya. Beliau kemudiannya tertidur di sofa. Sedang Rosli tidur, beliau didatangi oleh seseorang yang tiba-tiba mengejutkan Rosli...

Tags: trailer
Episod 16 - Pertolongan Rosli yang semakin kebingungan bersemuka dengan abang iparnya, Rashid untuk meminta pertolongan. Sementara itu Mak Tom yang baru keluar dari bilik Reza setelah mengajaknya keluar dari bilik tersebut terkejut, apabila tiba-tiba Reza sudah berada di depan TV...

Tags: trailer
Episod 15 - Nekad Rosli cuba membuang azimat yang diberi Wak Jang kepadanya tetapi tidak berhasil. Beliau kemudiannya berpatah balik ke rumah Wak jang untuk berjumpa dengan pasangan berbangsa Jawa tersebut. Setibanya Rosli di rumah Wak Jang, seorang makcik tua pula yang membuka pintu...

Tags: trailer
Episod 14 - Kebenaran Rosli tiba di rumah Wak Jang. Setelah berulang kali memanggil Wak Jang, dia tersentak bila melihat pasangan berbangsa Jawa yang membuka pintu. Rosli bertanyakan di mana Wak Jang tetapi mereka memberitahu Rosli bahawa Wak Jang sudah lama meninggal dunia...

Tags: trailer
Episod 13 - Pengkebumian Nenek Ahli keluarga meninggalkan pusara nenek seorang demi seorang. Rosli duduk murung di pusara sambil ditemani kakaknya Halimah dan abang iparnya, Rashid. Manakala Mak Tom pula bersama Reza menunggu di dalam kereta. Tiba-tiba, Mak tom terdengar Reza bercakap dengan seseorang...

Tags: trailer
Episod 12 - Nenek Diserang Semasa bersarapan, Reza yang sudah sihat sangat gembira bila Rosli berjanji akan membawanya ke restoran dan membelikannya barang mainan. Tiba-tiba, mereka berdua dikejutkan dengan jeritan ngeri dari Mak Tom...

Tags: trailer
Episod 11 - Kejutan Malam itu, Reza tidak menjangkakan yang nenek akan membaca Surah Yassin sehingga dia pengsan akibat kepanasan. Reza tidur di bilik ayahnya pada malam itu, tetapi apabila malam makin berlalu, nenek pula diganggu...

Tags: trailer
Reza kurang senang bila Rosli memberitahunya nenek sudah ada di rumah. Nenek menunjukkan gambar calon isteri kepada Rosli. Reza makin berang bila nenek menyuarakan niat hendak mengajarnya mengaji Muqadam dan dalam diam dia berdendam dengan nenek...

Tags: trailer
reza yg sgt pndiam itu tdk suke akn perangai neneknye yg sibuk mncari isteri utk ayhnye..

Tags: trailer
Mak Tom yang ketakutan akibat kehilangan patung Reza secara tiba-tiba berlari keluar dari bilik Reza. Di tadika pula, Reza yang baru menikmati waktu rehatnya sambil bermain anak patung kesayangannya diganggu oleh kawan sekelasnya Zizi...

Tags: trailer
Restoran milik Rosli sibuk dengan pelanggan. Rosli membuka laci di kaunter, kelihatan azimat yang berbungkus kuning. Di tadika, Reza bermain sendirian dengan tanah liat. (Plastercene). Airin dan Zizi menghampiri untuk melihat apa yang dibuatnya tetapi diusir oleh Reza...

Tags: trailer
Episod 6 - Kematian Rosli tersedar dari mimpi. Dia bersyukur kerana keadaan ngeri itu hanya mimpi. Namun sejurus menghembuskan nafas lega, dia terlihat satu bungkusan di hadapannya. Sebaik saja dia memegang bungkusan itu, dua jelma muncul lalu menerkam Rosli...

Tags: economics trailer
Episod 5 - Pertarungan Doktor Mengesahkan kematian Azizah kepada Rosli. Dalam keadaan sedih, Rosli mengimbas kembali saat arwah Azizah menyatakan kebimbangan yang dialaminya kepada Rosli dahulu. Satu malam Rosli sedang tidur, tiba-tiba dia tersedar Azizah muncul di sebelahnya...

Tags: trailer
pada mulanya,azizah selamat melahirkan ank lelaki.. ttp rohnya bgi diseru dan dlm keadaan lemah die menyerang doktor dan jururawat di dlm wad itu..

Tags: trailer
saksikan bagaimana azizah,isteri rosli mghadapi saat2 sukar utk brsalin..

Tags: trailer
kedatangan jelmaan iblis yg ingin "menempah anak dalm kandungan azizah sbgai 1 prjanjian..

Tags: trailer
Episod 1 - Petanda Wak Jang memberikan azimat pelaris perniagaan kepada Rosli yang diperolehinya dari Indonesia serta memberi penerangan terperinci tentang cara menggunakan azimat ini. Wak Jang memberikan jampi serapah untuk dihafal oleh Rosli. Azizah, isteri Rosli menjalani imbasan bayi di klinik Dr. Mulyani. Dr. Mulyani tersentak melihat imej anjing di monitor diikuti suara kanak-kanak berbisik di telinganya. Dr. Mulyani hendak menyatakan sesuatu kepada Azizah tetapi imej kemudiannya berubah normal.

Tags: trailer
Pages:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
Sponsors